.

.

Saturday, 27 September 2014

Facebook Page "KUAH KACANG SEGERA SYUKUR"

Salam para sahabat dan pembeli...semoga semua sehat hendaknya InsyaAllah...

saya ingin maklumkan bahawa anda juga boleh melayari Facebook page kuah kacang segera syukur..

Taip sahaja KUAH KACANG SEGERA SYUKUR dan anda akan dapat banyak informasi di sana...

ingat jumpa kami di FB page....



Wednesday, 24 September 2014

Tahukah anda

Tahukah anda..satu pek kecil 250g bermodalkan RM6.50 boleh dimakan sehingga 5 orang dewasa??? Jadi untuk Aidiladha anda...pastikan anda sentiasa bersedia menerima tetamu pada bila-bila masa dengan serbuk kuah kacang SYUKUR...mudah disediakan..3 minit tersedia..dengan harga yang berpatutan...

...Promosi AiDiL AdhA 2014.....PERCUMA 1 pek kecil 250g berharga RM 6.50 apabila anda membeli 4 pek besar...

Jika anda mempromosi kepada keluarga, kawan-kawan dan kenalan...anda mampu mendapatkan diskaun hebat dari kami...jadi hubungi kami dengan segera...
 
 

Tuesday, 2 September 2014

Kuah Kacang SYUKUR kembali..

Assalamualaikum, semoga semua berada dalam rahmat kasih Nya.

Lama tak update blog bukan kerana kami sudah tiada tetapi kami uruskan apa yang perlu diuruskan selama ini. Sekarang insyaAllah kami akan slalu update blog untuk makluman para pembeli...

Untuk pengetahuan tuan- tuan, puan-puan dikasihi...harga kuah kacang SYUKUR telah "dirombak" untuk memudahkan pembeli membuat pilihan...senang saja..harga baru seperti dibawah..nampak memang harga makin naik..tapi lihat juga beratnya yang juga turut naik...jadi win win la..kami akan mula jual dengan harga ini berkuat kuasa hari ini..hehe..sebab stok baru telah pun kami ambil untuk pasaran mengikut skema harga di bawah...



Untuk charge pos pulak...buat masa ni kami guna pos laju..arini pos semalam sampai...eh eh..haha..arini pos esok insyaAllah boleh sampai..berikut untuk rujukan tuan puan..tetapi ikut permintaan tuan puan jika nak pakai pos biasa atau sebagainya...seperti biasa..harga pos akan ditanggung oleh pembeli...

 
Untuk maklumat lanjut tentang charge untuk pos...tuan puan boleh ke link poslaju seperti di bawah...
http://www.pos.com.my/pos/services/fast_mail/service/prepaid.aspx

Sekian buat masa ini...informasi terbaru akan di kemaskini dengan sebaiknya...insyaAllah..jadi tunggu apa lagi..mari cuba dulu...

Syukur Hasmiza

Saturday, 19 July 2014

Sedap ?? Alhamdulliah..nikmat dunia di kongsi bersama...

Assalamualaikum,

dah lama tak update blog..Semoga semua berada dalam kedaan sehat.

10 ramadhan terakhir ni dijanjikan oleh Allah SWT 'pelepasan dari api neraka'...
Juga ada satu bonus besar yang dinamakan "Lailatulqadar"..marilah kita berusaha untuk sama2 mendapatkannya insyaAllah...

Minggu lepas aku ada chat dengan seorang customer..dia sudah beberapa kali repeat order dan yang latest dia beli untuk dibawa balik ke kampung mertuanya...kisah dia seperti di bawah...


 Alhamdulillah...semoga customer lain juga berpendapat yang sama...kalau sedap boleh la share dengan orang-orang terdekat....

Ada juga customer yang mintak pos kepada adik beradik saudara mara di luar negara...almaklumla, kat luar negara susah nak dapat makanan 'made in Malaysia'...jadi..kalau korg nak kami poskan ke luar negara juga..tiada masalah..insyaAllah kami akan uruskan...

Baikla sampai di sini..kena tidur awal semoga dapat bangun di sepertiga atau sebahagian malam untuk bertahajjud...semoga nikmat kemanisan iman juga dapat kita rasai disamping nikmat dunia 'kuah kacang SYUKUR'...insyaAllah...slamat...
 
 
 
 

Thursday, 10 July 2014

Salam Ramadhan - jom cuba kuah kacang 'SYUKUR'

Assalamualaikum, Alhamdulillah segala puji bg Allah kerana memberikan kita peluang untuk masih berada dalam bulan ramadhan...marilah kita mengambil kesempatan untuk menambahkan amalan di bulan ramadhan ini..sungguh lah rugi manusia yang bila habis bulan ramadhan tetapi tiada perubahan untuk dirinya..semoga kita semua tergolong dalam orang2 yang kaya dan berjaya di bulan ramadhan...

Trima kasih kepada pembeli-pembeli kuah kacang yang baru pertama kali membeli atau yang dah repeat order..kami doakan semoga nikmat kelazatan dunia ni dpt anda nikmati..honestly jualan kami tidaklah seuntung mana..tetapi apa yang kami niatkan untuk sama2 kongsi nikmat kuah kacang ni..dulu kami pun pembeli macam anda..kami peminat tegar kuah kacang ni..

Masa belajar dulu, isteri saya selalu ada 'stock' kuah kacang ni (masa tu blom jd isteri lg la).. tiap2 kali pergi rumah dia mesti dijamu dengan kuah kacang ni..sampai bila makan mee bandung pun kami taburkan serbuk kuah kacang dalam mangkuk..cubala memang menambah selera..bila dh kawen plak kami pastikan stock kuah kacang sentiasa ada kt rumah..sampaila bila kami share dengan kawan pejabat semua kata sedap...jadi kami pun ambil keputusan untuk memasarkan kuah kacang ni..jadi untung taklah seberapa tapi kami puas hati bila orang yang dah try kata sedap...trima kasih Allah..

Cita-cita kami besar, kalau Allah izinkan bisnes ni berjaya, kami nak pasarkan secara komersial..insyaAllah...jadi kepada sesiapa yang belum mencuba..mari cuba dulu...

Monday, 7 July 2014

Kuah kacang = Kuah sate ???

Assalamualaikum,

semalam di Tesco saya bertemu seorang sahabat yang kebetulan membeli belah di Tesco. Sempat saya berkongsi pasal kuah kacang dengan beliau...beliau bertanya "Ooo Syukur jual kuah kacang, macam kuah sate tu kan"

Secara prinsipnya memang kuah sate adalah kuah kacang dan kuah kacang boleh dimakan bersama sate...tetapi kuah kacang "Syukur" ini boleh di pelbagaikan cara masakan nya...berikut adalah satu contoh kepelbagaian dengan serbuk kuah kacang "Syukur"...Kuah Kacang Udang Kunyit "Syukur"

mari mencuba...

1) Panaskan air sehingga mendidih dan masukkan serbuk kuah kacang "Syukur"
Kacau dengan api kecil sehingga nak minyak.

2) Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar dan bawang putih yang di potong kecil sehingga naik bau.
Kemudian gorengkan udang yang digaul kunyit di dalam kuali.

 
 
3) Masukkan udang yang di goreng kunyit tadi di dalam kuali kuah kacang "Syukur" tadi.
Biarkan seketika dalam api yang kecil.
Hidang dan tersedia untuk di jamu.
 
 
 
Nota: Anda boleh cuba juga dengan daging, sotong atau ayam..rasanya pasti enak sekali
 
 

Friday, 4 July 2014

"Makanan Segera" yang sehat ketika sahur

Assalamualaikum, semoga tuan puan sehat insyaAllah di bawah lindungan Allah SWT dan semoga Ramadhan tahun ini menjadi Ramadhan yang terbaik untuk kita semua InsyaAllah..

Di bulan Ramadhan ini, pernahkah anda terbangun ketika sahur dan jam sudah menunjukkan waktu imsak atau subuh sudah hampir??? tetapi makan sahur masih belum di masak??

Dikala penat berpuasa dan bekerja disiang hari dan kekhusyukan ibadah di malam puasa keadaan ini selalu terjadi..piala dunia juga menyumbang kepada keadaan ini..termasuklah kami sekeluarga juga..jam sudah dikunci..alarm di hanfon juga sudah di 'set'..bahkan beberapa alarm selang beberapa minit..namun selalu terjadi..tidur yang terlajak tetapi nasib baik masih ada ruang untuk bersahur...

Di sinilah perlunya untuk anda mempunyai stok Kuah Kacang segera di rumah anda..cuma masak air dalam seminit..masukkan serbuk kuah kacang..kacau sehingga naik minyak dalam dua minit..dan lauk 'emergency' anda sudah tersedia..goreng telur dada atau telur mata..panaskan nasi semalam dan alhamdulillah tersedia makanan sahur yang menyelerakan...

Anak-anak kami setiap hari bertanya lauk untuk bersahur..ketika di kejutkan soalan pertama yang di tanya adalah...kuah kacang ada tak sahur ni??? memang menyelerakan..rasa sekali pasti selera anda akan terbuka...

Jadi anda perlu mencuba..hubungi kami untuk pesanan..jauh atau dekat..pasti kami sampaikan kepada anda..


Wednesday, 2 July 2014

Kuah kacang - Promosi Aidilfitri 2014

Assalamualaikum,

Aidilfitri 2014 semakin hampir. Apa kata tahun ini anda tidak perlu masak kuah kacang dan beli dari kami. Anda akan dapat pelbagai kelebihan:

- Anda akan jimat masa yang berharga yang boleh digunakan bersama keluarga tersayang yang pulang untuk beraya bersama
- Anda boleh gunakan masa itu untuk lebihkan ibadah kepada Allah SWT
- Jika tetamu anda ramai tanpa di duga, kuah kacang Syukur pasti dapat menyelamatkan keadaan.
- Kuah kacang Syukur pasti sedap dan ori.

Anda Jauh???? Tidak perlu risau, kami boleh poskan kepada anda. Kami sudah hantar ke beberapa negeri...Johor, Perak, Sarawak, Kuala Lumpur, semua kami uruskan..

Harga :
Pek kecik 200g = RM 5.50
Pek besar 450g = RM 10.00

Promosi aidilfitri:
Beli 10 pek kecil atau 5 pek besar - Percuma satu pek kecil.

Mari mari mari..insyaAllah urusan kita diberkati..

Pek yang sedia dibungkus untuk di pos

Anda order kami uruskan..hingga ke Borneo

Hubungi : SMS/Whatsapps
SYUKUR - 013-5959 924
HASMIZA - 013-5959 529