.

.

Thursday, 10 July 2014

Salam Ramadhan - jom cuba kuah kacang 'SYUKUR'

Assalamualaikum, Alhamdulillah segala puji bg Allah kerana memberikan kita peluang untuk masih berada dalam bulan ramadhan...marilah kita mengambil kesempatan untuk menambahkan amalan di bulan ramadhan ini..sungguh lah rugi manusia yang bila habis bulan ramadhan tetapi tiada perubahan untuk dirinya..semoga kita semua tergolong dalam orang2 yang kaya dan berjaya di bulan ramadhan...

Trima kasih kepada pembeli-pembeli kuah kacang yang baru pertama kali membeli atau yang dah repeat order..kami doakan semoga nikmat kelazatan dunia ni dpt anda nikmati..honestly jualan kami tidaklah seuntung mana..tetapi apa yang kami niatkan untuk sama2 kongsi nikmat kuah kacang ni..dulu kami pun pembeli macam anda..kami peminat tegar kuah kacang ni..

Masa belajar dulu, isteri saya selalu ada 'stock' kuah kacang ni (masa tu blom jd isteri lg la).. tiap2 kali pergi rumah dia mesti dijamu dengan kuah kacang ni..sampai bila makan mee bandung pun kami taburkan serbuk kuah kacang dalam mangkuk..cubala memang menambah selera..bila dh kawen plak kami pastikan stock kuah kacang sentiasa ada kt rumah..sampaila bila kami share dengan kawan pejabat semua kata sedap...jadi kami pun ambil keputusan untuk memasarkan kuah kacang ni..jadi untung taklah seberapa tapi kami puas hati bila orang yang dah try kata sedap...trima kasih Allah..

Cita-cita kami besar, kalau Allah izinkan bisnes ni berjaya, kami nak pasarkan secara komersial..insyaAllah...jadi kepada sesiapa yang belum mencuba..mari cuba dulu...

No comments:

Post a Comment